Pengantin Baru Sukar Klimaks
Posted on Tuesday, June 1, 2010
Filed under
Gangguan Ereksi,
Tips Hubungan Seks
-
SAYA berusia 23 tahun dan berkahwin beberapa bulan lalu.
Saya susah klimaks walaupun pelbagai cara dilakukan. Kepala zakar saya juga ada kesan lebam dan berwarna kehitaman. Saya tidak tahu apa puncanya, kadangkala zakar saya sakit. Adakah ia menjejaskan hubungan seksual dan memberi kesan sampingan pada saya?
SUAMI RISAU
Rawang, Selangor
Perkara biasa untuk lelaki atau wanita yang mengalami rangsangan seksual ialah mencapai kemuncak rangsangan bergelar klimaks. Jika ini tidak berlaku, individu itu tidak selesa dan puas. Jika selama ini dia mencapai klimaks setiap kali merangsang anggota kelamin, apabila gagal dia tertekan. Klimaks dan ejakulasi ialah dua fenomena apabila lelaki mencapai orgasma. Ada lelaki yang boleh mencapai klimaks tapi tiada ejakulasi. Fenomena ini dikenali sebagai klimaks kering.
Sebenarnya ejakulasi boleh dikawal dan lelaki itu boleh klimaks tapi tiada ejakulasi. Kaedah ini dikenali sebagai ‘coitus reservatus’ atau mengawal ejakulasi ketika bersetubuh sebagai kaedah merancang keluarga. Ejakulasi kadangkala berlaku dengan air mani tidak keluar di depan, tapi di belakang, iaitu memasuki pundi kencing. Fenomena ini dikenali sebagai ejakulasi di belakang. Semua perkara ini jarang berlaku dan jika berlaku ia akibat masalah kesihatan tertentu seperti psikologikal, urat saraf seperti penyakit kencing manis yang menyebabkan kerosakan urat saraf, sistem ejakulasi tergendala.
Jika anda boleh mencapai klimaks melalui onani, keadaan ini dikenali IMO atau Inhibited Male Orgasm. Ini kesan sampingan lelaki yang ketagih dengan onani.
sumber : Harian Metro
-
Comments
Perhatian!!
Kandungan di blog ini hanya sebagai panduan sahaja. Semua artikel di dalam blog ini diambil bulat-bulat dari suratkhabar dan majalah-majalah tempatan sebagai rujukan bersama. Tidak ada tokok tambah. Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pertimbangan sewajarnya dari pembaca amat diperlukan.Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Categories
- Gangguan Ereksi
- Kuat Seks
- Kurang Nafsu Seks
- Malam Pertama
- Masalah Alat Sulit
- Masalah Keputihan
- Masalah Rumahtangga
- Masalah Sosial
- Onani Masturbasi
- Panduan Hamil
- Posisi Seks
- Saiz Zakar
- Seks Ketika Hamil
- Tips Hubungan Seks
- Tips Penjagaan Alat Sulit
- Tips Penjagaan Payudara
- Tips Permakanan
- Tips Tahan Lama
- Zakar Bengkok




























Leave a Reply