Keputihan ibarat fungus pada zakar
Posted on Saturday, January 23, 2010
Filed under
Masalah Alat Sulit,
Tips Penjagaan Alat Sulit
-
SOALAN
SAYA mengalami keputihan seperti fungus di celah zakar sehari atau dua hari selepas bersama isteri. Kemudiannya keputihan pada kulit itu akan hilang apabila tidak bersama isteri. Namun Keputihan ini tidak gatal, adakah ia disebabkan persetubuhan bersama isteri?
SUAMI NUR,
Ipoh
JAWAPAN
Perubahan kepada corak dan struktur kulit selepas bersetubuh dengan pasangan mungkin akibat sentuhan kulit melalui hubungan seksual. Gejala itu mungkin jangkitan penyakit kelamin jika kebetulan pasangan ada menghidap penyakit berkenaan.
Anda ada menyatakan yang pasangan anda mungkin ada jangkitan memandangkan anggota kelaminnya ada bau kurang menyenangkan. Setiap kali bersetubuh anda akan menghidap lapisan keputihan di celah zakar yang hilang apabila anda tidak bersama.
Semua itu ialah jangkaan anda dan tidak pernah rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan. Mungkin lapisan keputihan itu bekas cecair hasil daripada hubungan seksual dengan pasangan anda.
Jika anda basuh setiap kali selepas bersetubuh dengan pasangan dan lapisan putih itu masih kelihatan, maka jangkitan yang berlaku kepada anggota kelamin itu berpunca daripada hubungan kelamin dengan pasangan yang menghidap jangkitan itu pada anggota kelaminnya.
Jangkitan itu dikenali sebagai jangkitan melalui seks. Daripada simptom yang anda nyatakan, lapisan ‘keputihan’ di celah pangkal zakar itu kemungkinan lapisan kulat yis atau kulat ‘Candida albicans’ yang sememangnya koloni kulat berwarna putih.
Jika lapisan keputihan itu dibersihkan akan terdapat bintik merah yang akan hilang beberapa hari kemudian sekiranya ia jenis jangkitan ringan. Jika jangkitan itu berat, sudah tentu lapisan putih itu akan kekal lebih lama dan bahagian kulit terasa gatal dan pedih jika terkena air.
Jika lapisan itu dibersihkan, kulit bawahan akan kelihatan merah dan radang. Infeksi kulat yis suatu jangkitan yang mudah didapati.

Comments
Perhatian!!
Kandungan di blog ini hanya sebagai panduan sahaja. Semua artikel di dalam blog ini diambil bulat-bulat dari suratkhabar dan majalah-majalah tempatan sebagai rujukan bersama. Tidak ada tokok tambah. Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pertimbangan sewajarnya dari pembaca amat diperlukan.Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Categories
- Gangguan Ereksi
- Kuat Seks
- Kurang Nafsu Seks
- Malam Pertama
- Masalah Alat Sulit
- Masalah Keputihan
- Masalah Rumahtangga
- Masalah Sosial
- Onani Masturbasi
- Panduan Hamil
- Posisi Seks
- Saiz Zakar
- Seks Ketika Hamil
- Tips Hubungan Seks
- Tips Penjagaan Alat Sulit
- Tips Penjagaan Payudara
- Tips Permakanan
- Tips Tahan Lama
- Zakar Bengkok

Leave a Reply