Biji kudis gatal di tepi kantung
Posted on Saturday, January 23, 2010
Filed under
Masalah Alat Sulit,
Tips Penjagaan Alat Sulit
-
SOALAN
SAYA ada masalah pada bahagian kantung dan zakar apabila terdapat biji berbentuk kudis. Saya sangkakan kudis buta kerana saya pernah dijangkiti kudis buta, tetapi biji yang timbul tidak hilang. Kadangkala terasa gatal apabila waktu malam. Biji itu berada di tepi kantung dan di bahagian leher zakar. Apa yang patut saya lakukan dan perlukah saya berjumpa doktor pakar?
LAN,
Shah Alam
JAWAPAN
Berdasarkan penjelasan anda, kemungkinan besar anda terkena jangkitan HPV atau virus ketuat anggota kelamin. Memang jangkitan ini ada kaitan dengan hubungan kelamin. Terdapat 40 jenis kuman virus ketuat genital, HPV dan sebahagian besar daripada jangkitan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada kulit anggota kelamin.
Jika terdapat kesan, ia berbentuk seperti jerawat atau ketulan kecil berbentuk leper di atas atau berbentuk seperti bunga kubis. Jika diusik dan digaru ia boleh berdarah. Kadangkala ia boleh hilang tanpa disedari atau merebak dan menular.
Sudah tentu jika dalam keadaan begini, ia boleh menjangkiti pasangan walaupun kondom digunakan untuk mengelakkannya terdedah kepada anggota kelamin pasangan.
Jangkitan HPV ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan daripada pasangan walaupun pasangan tidak menunjukkan tanda gejala HPV langsung. Mungkin untuk permulaan anda boleh jumpa doktor untuk mendapat kepastian yang anda terkena jangkitan ketuat.
Buat masa ini, tiada ujian darah yang dapat mengesan HPV untuk lelaki, walaupun sudah ada ujian untuk mengesan HPV di pangkal rahim perempuan.
Untuk pencegahan HPV juga, buat masa kini tiada lagi untuk lelaki tetapi sudah ada untuk perempuan dari peringkat pra remaja ke peringkat penghujung dewasa iaitu suntikan pelalian atau 'vaccination',
Mengenai rawatan, sudah ada ubat yang boleh digunakan untuk merawat dan ada juga rawatan secara membekukan ketumbuhan itu.

Comments
Perhatian!!
Kandungan di blog ini hanya sebagai panduan sahaja. Semua artikel di dalam blog ini diambil bulat-bulat dari suratkhabar dan majalah-majalah tempatan sebagai rujukan bersama. Tidak ada tokok tambah. Pemilik blog ini tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Pertimbangan sewajarnya dari pembaca amat diperlukan.Terima kasih kerana menyokong blog ini.
Categories
- Gangguan Ereksi
- Kuat Seks
- Kurang Nafsu Seks
- Malam Pertama
- Masalah Alat Sulit
- Masalah Keputihan
- Masalah Rumahtangga
- Masalah Sosial
- Onani Masturbasi
- Panduan Hamil
- Posisi Seks
- Saiz Zakar
- Seks Ketika Hamil
- Tips Hubungan Seks
- Tips Penjagaan Alat Sulit
- Tips Penjagaan Payudara
- Tips Permakanan
- Tips Tahan Lama
- Zakar Bengkok

Leave a Reply