Pengantin Baru Sukar Klimaks

Posted on Tuesday, June 1, 2010
Filed under , | Leave a Comment

-

SAYA berusia 23 tahun dan berkahwin beberapa bulan lalu.

Saya susah klimaks walaupun pelbagai cara dilakukan. Kepala zakar saya juga ada kesan lebam dan berwarna kehitaman. Saya tidak tahu apa puncanya, kadangkala zakar saya sakit. Adakah ia menjejaskan hubungan seksual dan memberi kesan sampingan pada saya?

SUAMI RISAU
Rawang, Selangor

Perkara biasa untuk lelaki atau wanita yang mengalami rangsangan seksual ialah mencapai kemuncak rangsangan bergelar klimaks. Jika ini tidak berlaku, individu itu tidak selesa dan puas. Jika selama ini dia mencapai klimaks setiap kali merangsang anggota kelamin, apabila gagal dia tertekan. Klimaks dan ejakulasi ialah dua fenomena apabila lelaki mencapai orgasma. Ada lelaki yang boleh mencapai klimaks tapi tiada ejakulasi. Fenomena ini dikenali sebagai klimaks kering.

Sebenarnya ejakulasi boleh dikawal dan lelaki itu boleh klimaks tapi tiada ejakulasi. Kaedah ini dikenali sebagai ‘coitus reservatus’ atau mengawal ejakulasi ketika bersetubuh sebagai kaedah merancang keluarga. Ejakulasi kadangkala berlaku dengan air mani tidak keluar di depan, tapi di belakang, iaitu memasuki pundi kencing. Fenomena ini dikenali sebagai ejakulasi di belakang. Semua perkara ini jarang berlaku dan jika berlaku ia akibat masalah kesihatan tertentu seperti psikologikal, urat saraf seperti penyakit kencing manis yang menyebabkan kerosakan urat saraf, sistem ejakulasi tergendala.

Jika anda boleh mencapai klimaks melalui onani, keadaan ini dikenali IMO atau Inhibited Male Orgasm. Ini kesan sampingan lelaki yang ketagih dengan onani.

sumber : Harian Metro

-

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Keinginan Suami Terhalang Kerana Isteri Menopaus

Posted on Thursday, February 25, 2010
Filed under | Leave a Comment

-

SAYA berumur 55 tahun. Isteri pula berumur 51 tahun dan sudah menopaus. Sesekali dalam setahun rasa ingin mengadakan hubungan kelamin, tetapi kemaluan isteri saya kering. Apabila melakukan hubungan, ereksi tidak dapat memasukkan disebabkan kemaluannya sakit dan ketat.

Adakah apa-apa ubat atau (krim pelincir) yang membolehkan alat kelamin isteri saya menjadi basah, seterusnya dapat ‘bersama’ tanpa berasa sakit?

MAHU TAHU
Shah Alam, Selangor

Hubungan keintiman seksual tiada had umur kerana naluri, nafsu dan syahwat kekal sehingga ke liang lahad. Bagi wanita dan lelaki veteran yang masih ingin melakukan hubungan penetratif seksual, mereka perlu bersedia.

Ada beberapa cabaran yang sebahagiannya ialah anggota sulit isteri yang kering, kesat, pembukaan faraj yang sempit dan mengecut, manakala anggota sulit suami yang tidak dapat erek lama dan kurang kepadatannya.

Anggota sulit wanita yang masih ada kemampuan mendapat zuriat berada dalam keadaan gebu, lembut dan mudah meluas. Ini kerana kesan dan pengaruh hormon kewanitaan estrogen kepada kulit dan otot lantai pelvis.

Apabila wanita itu putus haid, dalam masa lima tahun kulit menjadi kesat dan faraj menjadi sempit jika persetubuhan penetratif jarang atau tidak dilakukan.

Cara untuk menjaga anggota itu supaya sentiasa lembut dan tidak sempit ialah menyapu gel pelembap atau perapi anggota sulit perempuan berbentuk krim kepada bahagian luar iaitu di bibir besar dan kecil.

Kadangkala wanita boleh gunakan batang plastik yang dikenali sebagai alat pelega atau ‘dilator’ untuk melegakan pembukaan faraj supaya sentiasa dalam keadaan bersedia bagi memudahkan suami menyalurkan ereksinya ke dalam tanpa wanita veteran itu terasa sakit.

Ini satu pendekatan untuk mengelakkan faraj daripada menjadi tidak berguna.

Lelaki yang mengalami lemah tenaga batin iaitu gagal mencapai ereksi yang sesuai untuk melakukan hubungan penetratif boleh jumpa doktor untuk rawatan moden. Jangan membazirkan duit berjumpa tukang urut kerana perbuatan itu sia-sia saja.

Jangan makan ubat kuat yang dijual di pasaran kerana kebanyakannya ada campuran ubat beracun dan boleh memudaratkan kesihatan. Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

-

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tujuh bulan mencuba masih belum hamil

Posted on Wednesday, February 24, 2010
Filed under | Leave a Comment

-

SAYA dan suami merancang mendapatkan anak kedua. Namun selepas tujuh bulan mencuba, tiada tanda positif saya hamil.

Saya ingin mencadangkan suami melakukan ujian air mani, tetapi dia ragu-ragu. Bagaimanakah prosedur ujian air mani dilakukan dan di manakah tempat sesuai untuk menjalani ujian itu?

MAI
Bentong, Pahang

Setiap pasangan yang pernah mendapat cahaya mata dan merancang tambah bilangan anak tetapi tiada apa-apa perkembangan positif dalam tempoh setahun perlu menjalani pemeriksaan kesuburan.

Bagi suami, pemeriksaan fizikal dan buah zakar serta ujian air mani dilakukan manakala bagi si isteri, pemeriksaan kepastian kemampuan menghasilkan telur dan ujian X-ray salur reproduksi iaitu rahim dan salur telur untuk menentukan sama ada wujud sebarang masalah atau sebaliknya.

Jika semua ujian normal, mungkin mereka berdua boleh mencuba kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi seperti penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI. Jika masih tiada apa-apa hasil, cuba kaedah bayi tabung uji atau IVF.

Tiada jaminan kehamilan akan berlaku kerana itu kuasa Tuhan. Yang mustahak ialah pasangan itu berusaha dan bukan sekadar mendiamkan diri atau tidak mahu buat apa-apa kerana ego.

Ujian air mani perlu dilakukan di makmal dan atas rujukan doktor. Jadi, suami perlu jumpa doktor terlebih dulu dan mendapatkan borang melakukan ujian air mani di makmal yang disyorkan doktor. Puan juga perlu menjalani pemeriksaan seperti saya senaraikan di atas.

Kadar kehamilan untuk wanita menurun sebanyak 80 peratus selepas umur 40 tahun. Lelaki berumur lebih 40 tahun pula banyak menghasilkan sperma yang kurang aktif dan berbentuk tidak normal.

-

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Isteri berusia 25 tahun belum hamil

Posted on Tuesday, February 23, 2010
Filed under | Leave a Comment

-

SAYA isteri berusia 25 tahun dan mendirikan rumah tangga selama dua tahun. Masalahnya, saya belum lagi hamil, dan ini membuatkan saya menjadi tertekan.

Empat bulan lalu saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan mendapati sperma suami cepat mati iaitu hanya mampu bertahan dua jam. Ia sungguh merunsingkan saya.

Adakah kemungkinan saya boleh mengandung atau ada ubat yang boleh mengubati masalah ini? Saya betul-betul inginkan cahaya mata dalam hubungan kami. Apakah jalan penyelesaian untuk masalah ini?

LIZ
Pahang

Tiada pasangan kelamin yang berumah tangga tidak mahukan anak, lebih-lebih lagi jika mereka sudah berusia. Satu ketika dulu jika pasangan kelamin yang berkahwin dan merancang memulakan keluarga tetapi gagal selepas setahun mencuba, mereka berdua dinasihatkan menjalani ujian kesuburan atau ‘fertility work-up’.

Kini setahun menunggu, lebih-lebih lagi jika mereka sudah berusia dan bersedia. Jadi jangan tunggu lagi, kedua-duanya perlu menjalani pemeriksaan kesuburan bersama dan merujuk kepada pakar jika ujian awalan didapati normal.

Pemeriksaan asas untuk lelaki ialah ujian air mani dan ujian ini perlu dilakukan di makmal. Si suami perlu memberi sampel air maninya selepas dikeluarkan melalui melancap atau dengan bantuan pasangannya dan ujian yang dilakukan itu termasuk menyukat isi padu air mani, warnanya dan kepekatannya selain keasidan, bilangan sperma, kualiti pergerakan sperma dan bentuk sperma.

Jika ujian lanjutan diperlukan, air mani itu ditapis untuk mengasingkan sperma daripada air mani dan memasukkan sperma dalam cecair penyegar untuk meneliti keadaan sperma itu.

Sperma hanya dapat bertahan dalam faraj dan lendir pangkal rahim. Jadi membiarkan sperma dalam air mani membuatkan sperma itu menjadi kurang aktif, lebih-lebih lagi jika suhu panas.

Amat mustahak untuk menjalani ujian air mani yang betul serta mendapat laporan tepat dan tidak mengelirukan.

Selain ujian air mani, ujian susulan yang lain perlu dijalani suami jika ujian air maninya menunjukkan bilangan sperma yang merosot.

Ujian lain yang dimaksudkan termasuk ujian menyukat hormon kesuburan suami dan jika didapati kurang, ubat penyubur diberi.

Jika doktor yang mengendalikan masalah kesuburan itu tidak fasih dalam mengurus masalah kesuburan lelaki, mustahak untuknya merujuk si lelaki itu kepada pakar sakit tuan atau Andrologis.

-

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sperma Suami Tahan 2 Jam

Posted on Tuesday, February 16, 2010

Debar bakal pengantin

Posted on Monday, February 15, 2010
Filed under | Leave a Comment

-

SAYA akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan tidak lama lagi.

Sebagai pengantin baru, bagaimanakah harus saya menghadapi malam pertama bagi memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak dan cara untuk menjaga alat sulit supaya sentiasa dalam keadaan baik?

EDIE
Selangor

Tahniah kerana anda akan ke jinjang pelamin dengan gadis pilihan tidak lama lagi. Saya pasti anda dan pasangan sudah menjalani kursus praperkahwinan dan maklum sedikit sebanyak mengenai kesihatan keluarga dan hubungan jimak serta hukum daripada ustaz dan doktor yang menjalankan kursus itu.

Anda mungkin tidak tahu dalam pasaran terdapat satu cakera padat yang khusus dibuat untuk pasangan yang baru berkahwin untuk memberi sedikit sebanyak mengenai latar belakang perkahwinan, dilema malam pertama dan perkara yang boleh berlaku pada malam pertama seperti gagal lakukan penembusan, mati pucuk malam pertama dan pasangan perempuan tidak tahu buka pintu faraj atau ‘mati putik’ malam pertama.

Tajuk cakera padat itu adalah ‘Cinta Perkahwinan Dan Kesihatan Seksual’, ia boleh didapati melalui tempahan di Internet atau kedai cakera padat.

Saya pasti anda dan pasangan sudah buat persediaan untuk ‘malam’ itu. Jangan lupa jeli pelicin kerana sebenarnya ia sangat mustahak untuk menyenangkan kemasukan ereksi ke dalam faraj.

Cuma saya ingin cadangkan supaya anda boleh lakukan sentuhan pertama itu ketika anda berbulan madu.

Sebagai seorang Islam, anda juga perlu tahu yang hubungan seksual antara anda dan pasangan itu suatu ibadah.

Sudah tentu anda berdua perlu berada dalam keadaan bersih dan berbau harum dan anggota kelamin masih dalam keadaan sihat dan segar.

Sebelum mendekati pasangan anda, wajib untuk anda melakukan sentuhan dan kucupan intim untuk menaikkan perasaan ghairah pasangan supaya dia dalam keadaan bersedia untuk melakukan adegan penetrasi.

Jika jalanan itu sempit, anda boleh cadangkan pasangan legakan kemutan dan anda dan dia boleh menggunakan pelicin untuk menyenangkan perjalanan.

Apabila keadaan sudah mula lega, anda berdua tidak perlu lagi menggunakan pelicin kerana cecair faraj sudah mencukupi!

-

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Masalah keputihan wanita

Posted on Monday, February 8, 2010
Filed under , | Leave a Comment

-

Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari
vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.

Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:

>> Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia

>> jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal

>> Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau

>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah

>> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:

>> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen

>> Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen

>> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Antara perkara yang perlu untuk diketahui :

1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita

2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar

3. Menjauhi tekanan yang berlebihan

4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil

5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan

-

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati